Hartanah KL Ampang

Ampang Tempatku.

Zoo Negara

Zoo Negara di Ampang ini kini mempunyai lebih dari 5000 haiwan bermula dari mamalia, burung, reptilia sehinggalah ke amfibia dan tidak terlepas juga pelbagai jenis ikan.

Kemensah Valley

Selain menikmati hidangan di Restoran dalam air ini, anda juga dapat mandi-manda di samping menikmati kehijauan dan keindahan alam.

Taman Tasik Ampang Hilir

Selain menikmati hidangan di Restoran dalam air ini, anda juga dapat mandi-manda di samping menikmati kehijauan dan keindahan alam.

Bukit Ampang

Ingin menikmati panorama satu Kuala Lumpur? Jika anda merancang untuk melihat ‘view’ yang lebih jelas dan cantik, datanglah pada waktu malam. Setiap kali festival, ini lokasi paling sesuai untuk melihat bunga api.

Bukit Saga

Bukit Saga ini sangat sesuai untuk si kaki gunung atau yang gemar mendaki. Terdapat dua trek bagi mereka yang mahu mendaki iaitu laluan pacak atau laluan landai. Jika anda sukakan cabaran dan mempunyai stamina yang kuat, anda boleh mencuba laluan pajak tetapi perlukan ketahanan stamina yang kuat.

Burger Bakar Abang Burn

Mereka yang menetap di sekitar Ampang pasti tau tentang keistimewaan Burger Bakar Abang Burn ini. 

Apa yang istimewanya Burger Bakar Abang Burn ini? Sudah pasti pada pembuatan sendiri daging patty mereka dan sekarang dengan pilihan keju Raclette yang didatang dalam empat perisa! Sesuatu yang anda tidak akan dapat di gerai burger yang biasa kita lihat banyak terdapat di mana mana tempat.

Bukit Kembara

Tarikan utamanya adalah sebuah tasik yang dahulunya berfungsi sebagai kawasan takungan air atau empangan yang telah lama dibina. Di sekitar Tasik Hijau ini sangat menarik dan sesuai untuk bergambar kerana terdapat sebuah jambatan yang menuju ke sebuah pondok.

Bukit Batu Chondong

Mendaki ke puncak Bukit Chondong adalah sesuatu yang boleh anda rakamkan sebagai kenangan. Untuk sampai ke puncak, ianya mengambil masa kira-kira 30-40 minit setelah melalui beberapa jalan yang curam dan melintasi hutan buluh. Pembentukan batu boleh dilihat sepanjang perjalanan beberapa meter laluan mendaki yang terakhir. Anda harus memanjat menggunakan tali sampai ke puncak. Nampaknya sedikit berbahaya tetapi itu sahaja caranya untuk sampai ke puncak.

Air Terjun Sofea Jane

Untuk anda yang gemarkan pengembaraan, anda boleh trekking di air terjun ini. Jalannya agak licin, berlumpur, berlecak dek kerana ATV namun, terdapat juga perkhidmatan ATV dan basikal untuk lebih mudah sampai ke Air Terjun Sofea Jane ini. Untuk pengetahuan anda, air terjun ini dinamakan sempena nama artis Sofea Jane yang pernah melakukan penggambaran filem.

JAHHET Fine Meat

Bagi peminat steak, anda semestinya tidak boleh lepaskan peluang untuk menikmati keenakan dan kelembutan daging steak di Restoran Jahhet yang terletak di Taman Nirwana, Ampang. Dari namanya sudah boleh dibayangkan apa istimewanya restoran ini. 

Fine Meat di sini merujuk kepada daging wagyu yang diimport khas dari Jepun, khususnya Wilayah Miyazaki, yang dikatakan pengeluar daging wagyu terbaik dunia.

Daging wagyu menjadi pilihan kebanyakan penggemar tegar daging kerana ia lebih juicy dan kaya dengan rasa.

Dagang Avenue dan lain-lain lagi...

Dagang Avenue juga tergolong sebagai tempat menarik di Ampang yang boleh anda singgah ketika anda lapar. Ia terletak berhampiran dengan Balai Polis IPD Ampang. Dagang Avenue berkonsepkan ‘food court’ menyajikan pelbagai hidangan masakan panas, western dan macam-macam lagi. Anda juga boleh menempah untuk membuat jamuan secara buffet dan sebagainya. Makan malam di sini pasti menyeronokkan dan menaikkan mood gembira anda sekeluarga dan juga bersama pasangan anda kerana suasananya juga tenang dan romantik. Tambahan dengan band-band buskers jemputan pada hampir setiap malam bagi memeriahkan pengunjung.

Anda Mencari Hartanah di KL-Ampang